Sabtu, 06 Oktober 2012

Pilih HARTA Atau ILMU??

 


...Harta Atau Ilmu?...

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ... Sungguh, ketika manusia dibentangkan oleh tumpukan harta dihadapan matanya, sementara dilain sisi disuruh memilih antara harta tersebut dengan ilmu agama, maka rata-rata akan memilih h
arta ketimbang ilmu. Kenapa demikian?

Alasan klasik yang dikemukakan pastilah seputar:

"Dengan harta ilmu bisa dicari dan dibeli .."

Namun apakah dia akan ingat untuk mencari ilmu tatkala berada dalam kesenangan lagikan serba berkecukupan?

"Harta mampu menjamin kehidupanku sehari-hari, sementara ilmu kapan-kapan bisa ku cari jaminannya nanti .."

Apakah harta bisa menghentikan dan menunda kematian mendadak yang datangnya tidak diundang, menyambar merenggut diri?

Berlepas dari ini semua, tetap masih ramai dari kalangan kita yang lebih cendrung memilih harta, yang menyilaukan mata, pemuas selera ...

Sesungguhnya keutamaan ilmu di banding harta dapat dilihat dari banyak sisi dan faktornya:

Ilmu adalah warisan para Nabi, sedangkan harta adalah warisan para raja atau hartawan (Fir'aun dan Qarun cs).

Ilmu dapat menjaga pemiliknya, sedangkan pemilik harta justru sibuk dan bersusah-payah menjaga hartanya.

Harta senantiasa berkurang kerana dibelanjakan, namun ilmu semakin bertambah apabila dibagikan (disampaikan kepada orang lain).

Hartawan akan meninggalkan hartanya apabila meninggal dunia, sementara ilmu masuk ke kubur bersama pemiliknya.

Harta boleh diperoleh oleh mukmin, kafir, orang baik mahupun orang jahat, sementara ilmu yang bermanfaat tidak didapati dan diperoleh melainkan oleh orang-orang yang beriman saja.

Orang yang berilmu diperlukan oleh para penguasa dan rakyatnya, sedangkan pemilik harta hanya diperlukan oleh orang-orang miskin, papa bahkan menjadi kebutuhan, buruan bagi si pencuri, pemaling yang merampok mangsanya.

Jiwa menjadi hidup dan mulia dengan mengumpulkan ilmu, dan mencarinya akan memperoleh barakah (keberkahan), bahkan itulah kemuliaan jiwa dan kesempurnaannya. Sementara tumpukan harta tidak dapat membersihkan jiwa dan tidak menyempurnakannya serta tidak menambahkan sifat-sifat kesempurnaan. Sebaliknya jiwa boleh berkurangan (lemah) kerana kikir dan bakhil lantaran mengumpulkan harta dan tamak loba terhadapnya.

Tamak terhadap ilmu adalah kesempurnaan jiwa sedangkan tamak terhadap harta atau kekayaan adalah petanda kelemahan jiwa.

Harta mengajak jiwa kepada kelalaian, kesesatan (maksiat), riya' dan kesombongan, sementara ilmu mengajak jiwa kepada tawadhu' dan ibadah kepadaNya.

Ilmu mengajak kepada kebahagiaan jiwa, sedangkan harta menjadi penghalang antara jiwa dan kebahagiaannya.

Kekayaan ilmu menjanjikan kemuliaan ketimbang kekayaan harta. Jiwa akan merasa lebih kaya dari seluruh manusia tanpa harta (kaya hati). Kerana kekayaan tertinggi adalah dengan tidak memerlukan sesuatu, tidak sepertimana harta yang senantiasa membutuhkan segalanya.

Harta menjadikan pemiliknya sebagai hamba dunia, sedangkan ilmu menjadikan pemiliknya sebagai hamba Rabb dan Penciptanya, kerana ilmu tidak mengajaknya selain kepada perhambaan (pengibadatan) kepada Allaah semata.

Nilai orang kaya bergantung kepada kekayaannya, hilang kekayaan, hilanglah nilainya, sementara nilai orang berilmu dari ilmunya. Orang yang berilmu tidak akan kehilangan nilainya, bahkan akan semakin bertambah kemuliaannya (karena setiap gerak-geriknya berdasarkan ilmu).

Mencintai ilmu dan senantiasa mencarinya adalah landasan setiap keta'atan, sementara mencintai harta dan senantiasa menumpuk dan memburunya adalah pangkal segala keburukan (kerusakan).

Bila seseorang yang berilmu ditawarkan kepadanya kekayaan dunia, niscaya ia tidak mahu menjadikannya sebagai penebus ilmu yang diperolehinya, sementara orang kaya yang berakal, tatkala ia merasakan kemuliaan ilmu, niscaya ia ingin segera memperolehi ilmu sebagai penebus seluruh hartanya.

Tidak seorang pun dikatakan ta'at kepada Allaah kecuali dengan ilmu, sementara kebanyakan orang yang mudah berbuat maksiat kepada Allaahu Ta'ala dengan sarana harta yang dikuasainya.

Orang berilmu menyeru manusia kepada Allaah dengan ilmu dan akhlaknya, sedangkan orang yang mengumpulkan harta menggoda manusia kepada urusan dunia dengan akhlak dan hartanya.

Kekayaan harta kadang kala boleh menjadi penyebab kehancuran pemiliknya, sementara kekayaan ilmu merupakan penyebab kehidupan pemiliknya, juga penerang manusia lainnya.

Allaahu Ta'ala sering menyebutkan ayat semisal:

“Apakah sama antara orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu?"

Namun Allaahu Jalla wa 'Ala tidak pernah menyebut:

"Apakah sama orang-orang yang berharta dengan orang-orang yang tidak berharta?"

Kiranya dengan apa yang dipaparkan setidaknya akan membuat kita tidak terlena dan berpikir ulang untuk memilih dan memilah antara harta dan ilmu dengan lebih bijaksana ...

Wallahua’lam bish Shawwab ....
Barakallahufikum ....

... Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci ...

~ o ~

Salam santun dan keep istiqomah ...

--- Jika terjadi kesalahan dan kekurangan disana-sini dalam catatan ini ... Itu hanyalah dari kami ... dan kepada Allah SWT., kami mohon ampunan ... ----

Semoga bermanfaat dan Dapat Diambil Hikmah-Nya ...
Silahkan DICOPAS atau DI SHARE jika menurut sahabat note ini bermanfaat ....

#BERSIHKAN HATI MENUJU RIDHA ILAHI#
------------------------------------------------
.... Subhanallah wabihamdihi Subhanakallahumma Wabihamdika Asyhadu Allailaaha Illa Anta Astaghfiruka Wa'atuubu Ilaik ....

Jumat, 05 Oktober 2012

Keutamaan Surat Al-Mulk


Fadhilah membaca surah ke 67 Q.S Al-Mulk

Bismillaahir Rahmanir Rahiim

SURAH Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:

“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”

Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”

Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”

(HR At Tarmizi)

Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.

(HR At Tarmizi)

Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)

(HR At Tabrani)

An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”

Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”

Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.

Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”

Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.

Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”

Mohon Niatkan dalam Hati membaca Al-qur'an hanya dengan mengharap Ridho Allah, bukan hanya tergiur dari fadhilah-Nya, dan membaca Al-qur'an merupakan sarana sebagai komunikasi/dzikir kepada Allah melalui kitabullah-Nya dengan kalam-kalamnya, yang dari tiap huruf Al-qur'an yang dibaca akan menjadi saksi dan pembela bagi dirinya dihari kiamat kelak untuk mensyafaati pembaca-Nya, InsyaAllah...

Ya Allah dengan keridhoan dan Rahmat-Mu dengan sifat Rahman dan Rahiim-Mu Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu.. Irkhamna Ya wahab, Irkhamna Ya Mujiib, Irkhamna Yaarhamaarrahiimin..
Aamiin Allahumma Aamiin
 
Follow Admin ye @ghozihanif22